KOPERASI DAGANG EMAS PULAU PINANG BHD

 

 

Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KODEMAS) telah ditubuhkan pada 28 Januari 2010 dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pulau Pinang beralamat di 12E, Tingkat 1, Jalan  Rumbia, Bukit Jambul, Bayan Lepas, 11900 Pulau Pinang.

Tujuan koperasi ditubuhkan ialah untuk menjaga kebajikan dan ekonomi kakitangan & pengedar emas Public Gold group.

Fungsi penubuhan koperasi ialah sebagai pengguna.

 

Aktiviti:

1. Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

  1. menjalankan aktiviti berkaitan pengguna termasuk jual beli dinar emas;
  2. menjalankan aktiviti berkaitan perkhidmatan seperti ar-rahnu dan menyimpan emas fizikal;
  3. menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;
  4. membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa,  mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
  5. melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
  6. mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
  7. menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan
  8. mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan.

 

2. Bagi menjayakan aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan─

  1. modal dengan cara mengumpul syer, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota; dan
  2. deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2), seksyen 52A Akta dan Peraturan.

Latest News

 

(30/8/17) - Hari Koperasi Negara

- Dato’ Haji Abdul Wahab Bin Hamid, Setiausaha Kehormat, Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE) menghadiri Hari Koperasi Negara bagi mewakilkan KDE pada 30 Ogos 2017 nanti

 

(19/8/2017) - Pertandingan Golf - Anjuran SKM

 

- Dato’ Haji Abdul Wahab Bin Hamid, Setiausaha Kehormat Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE) menghadiri Pertandingan Golf yang dianjurkan oleh pihak SKM pada 19 Ogos 2017 nanti.

 

(18/6/2017) - Pemberian sumbanga kepada Yayasan JAKPAW

- Koperasi telah memberi sumbangan kepada Yayasan JAKPAW  ketika majlis berbuka puasa di TAHA D’MUTIARA HOTEL pada 18 Jun 2017. Majlis tersebut dihadiri oleh Dato’ Haji Abdul Wahab Bin Hamid, Setiausaha Kehormat KDE dan Dato’ Wira Ng Chun Hau, Penasihat KDE.

 

(14/6/2017) - Mesyuarat Sambutan Hari Koperasi Negeri Pulau Pinang.

- Dato’ Haji Abdul Wahab Bin Hamid, Setiausaha Kehormat Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad telah menghadiri Mesyuarat Sambutan Hari Koperasi Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2017 di Hotel Vistana, Pulau Pinang. Agenda mesyuarat ini adalah bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada Hari Koperasi Negara nanti.

 

(31/5/2017) - Menerima surat fi kelulusan bayaran bagi 3 buah cawangan Ar-Rahnu KDE

 - Pihak Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE) telah menerima surat untuk fi bayaran bagi 3 buah cawangan Ar-Rahnu KDE yang dipohon.

Services

 

 

 

Frequently Asked Questions

(FAQ)

Merupakan skim pajak gadai yang berunsurkan Islam dimana ia menyediakan pembiayaan alternatif untuk memenuhi keperluan wang tunai secara segera. Skim ini juga menyekat aktiviti yang menjalankan pembiyaan secara haram mahupun yang tidak berlesen.

Menggabungkan tiga konsep yang penting iaitu Al Wadiah, Al Qard dan Ujrah :

  1. Al-Wadiah merujuk kepada simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian
  2. Al-Qard merujuk kepada pinjaman tanpa faedah
  3. Ujrah merujuk kepada upah simpan
Antara kelebihan yang akan diperolehi oleh penggadai adalah :
  1. Bebas dari unsur riba
  2. Tiada sebarang yuran tambahan seperti yuran proses
  3. Tempoh gadaian yang lama
  4. Barang gadaian disimpan selamat dengan perlindungan inurans
  5.  Pembiayaan berlandaskan Syariah
  6.  Upah simpan yang rendah dan kadar upah yang tetap

*Warganegara dan bukan warganegara Malaysia             *Pemastautin tetap
*Waras                                                                               *Berumur 18 tahun ke atas

Anda akan mendapat pinjaman sebanyak 60% dari nilai gadaian tersebut.
Contohnya : Jika nilai gadaian tersebut adalah RM 1,000.00, maka pinjaman yang anda akan perolehi adalah sebanyak RM 600.00

Tempoh gadaian yang ditetapkan adalah selama 6 bulan namun boleh di panjangkan sehingga ke 8 bulan.

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas dan mempunyai mutu seperti yang berikut:
*Emas 999 *Emas 875 *Emas 950 *Emas 835 *Emas 916 *Emas 750

Anda boleh membuat penebusan melalui pembayaran secara ansurans, sekali gus atau bila-bila masa sebelum atau semasa tarikh matang

Nilai Marhun : RMxxxx
Jumlah amaun pembiayaan : RMxxx (60% atas nilai marhun)
Tarikh gadaian : 15 Julai 2012
Tempoh : 180 hari (6 bulan+2+2)
Tarikh matang : 15 Januari 2013
Kadar upah simpan : RMxx

Upah simpan bulanan : RMxx
Ansuran bulanan : RMxx
Jumlah untuk dibayar termasuk jumlah pembiayaan : RMxx

Sekiranya anda gagal menebus barang gadaian dalam tempoh gadaian yang telah ditetapkan, maka pihak Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd berhak untuk melelong barang gadaian tersebut mengikut prosedur lelongan.
Wang yang diperolehi dari nilai lelongan akan digunakan untuk membayar amaun yang terhutang termasuk dengan kos lelongan. Bakinya boleh dituntut selepas menerima notis wang lebihan lelongan.

Pelanggan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bayaran dibuat seperti yang dinyatakan di surat Ar-Rahnu.

Tidak, anda tidak memerlukan penjamin bagi urusan ini.

Anda dikehendaki untuk memaklumkan perubahan maklumat tersebut kepada Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd supaya segala maklumat dapat disampaikan dengan jelas.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus menghubungi Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd di talian 011-10805916 ataupun email ke : admin@kde.my

 Sekiranya anda mempunyai aduan, sila hubungi kami di :
    88E(2nd) Floor, Jalan Tun Dr. Awang,
    11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
    Tel : 04-6449999 Fax : 04-6455916

 Sekiranya koperasi tidak dapat menyelesaikan aduan tersebut, anda boleh merujuk selanjutnya kepada:
    Suruhanjaya Koperasi Malaysia
    Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
    SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
    Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
    Changkat Semantan, Off Jalan Semantan,
    Bukit Damansara,
    50490 Kuala Lumpur,

 

 

Service Branches

 
 

 

Relau Branch:
88F (2nd) Floor,Jalan
Tun Dr. Awang 11900
Bayan Lepas Pulau Pinang
Tel: +604-6449999
Fax: +604-6455916
Mobile : 012-3772916
E-mail : admin@kde.my
 
 

 

Dato’ Keramat Branch:
181, Jalan Dato Keramat
10150 Georgetown
Pulau Pinang
Tel:+604-2260916
Mobile: 012-5229916
Fax: +604-2260916
Email: admin@kde.my
 
 

 

Ayer Itam Branch:
492C Jalan Air Itam
11500 Ayer Itam
Pulau Pinang
Tel: +604-8288916
Mobile: 011-10903916
Fax: +604-8288916
Email: admin@kde.my
 

 

 

 

 

Ampang Branch:
12-G Jalan Dagang
1/1A Taman Dagang
68000 Ampang,Selangor
Tel: +603-42579916
Mobile: 011-10905916
Fax: +603-42573916
Email: admin@kde.my
 
 
 

 

Ipoh Branch:
No. 28 Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh,
Perak
Tel: +605-2428999
Mobile: 011-10736916
Fax: +605-2428916
Email: admin@kde.my
 
 
 

 

Kota Bahru Branch:
Lot 342 Seksyen 21,Jalan Sultan Yahya
Petra,Bandar Kota Bahru
15200 Kota Bahru, Kelantan
Tel: +609-7462999
Mobile: 011-10718916
Fax: +609-7478916
Email: admin@kde.my
 
 

 

 

© 2012-2017 Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd. All Rights Reserved.