KDE Web Banner
KDE Web Banner

Visi & Misi


Visi

Menjadi sebuah Koperasi yang dinamik, maju dan berdaya saing dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada anggota dan menjadi contoh Koperasi yang terbaik di seluruh Malaysia.


Misi

Menjadi sebuah Koperasi yang dapat membantu semua anggota dan masyarakat dengan menyediakan kemudahan kewangan segera kepada anggota dan masyarakat bagi mempertingkatkan sosio ekonomi yang mampu berdaya saing.

Objektif / Visi

Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE) ditubuhkan bagi mencapai objektif dan misi koperasi kepada anggota. Menurut undang-Undang Kecil (UUK) 9 (1): Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang Kecil 7 amnya dan undang-undang Kecil 8 khasnya, Koperasi boleh tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:-


a) Menjalankan aktiviti berkaitan pengguna termasuk jual beli dinar emas

b) Menjalankan aktiviti berkaitan perkhidmatan termasuk jual Ar-Rahnhu dan menyimpan emas fizikal

c) Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan

d) Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih

e) Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta

f) Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya

g) Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain dan

h) Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan.




© 2012 -2024 Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd (P-5-0457) (201066500383). All Rights Reserved.