Frequently Asked Questions (FAQ)


Pembiayaan Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE)

 

Merupakan skim pajak gadai yang berunsurkan Islam dimana ia menyediakan pembiayaan alternatif untuk memenuhi keperluan wang tunai secara segera. Skim ini juga menyekat aktiviti yang menjalankan pembiayaan secara haram mahupun yang tidak berlesen.

Menggabungkan tiga konsep yang penting iaitu Al Wadiah, Al Qard dan Ujrah.

  1. Al-Wadiah merujuk kepada simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian
  2. Al-Qard merujuk kepada pinjaman tanpa faedah
  3. Ujrah merujuk kepada upah simpan

Antara kelebihan yang akan diperolehi oleh penggadai adalah :

  1. Bebas dari unsur riba
  2. Tiada sebarang yuran tambahan seperti yuran proses
  3. Tempoh gadaian yang lama
  4. Barang gadaian disimpan selamat dengan perlindungan insurans
  5. Pembiayaan berlandaskan Syariah
  6. Upah simpan yang rendah dan kadar upah yang tetap
  1. Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  2. Pemastautin tetap
  3. Waras
  4. Berumur 18 tahun ke atas

Anda akan mendapat pinjaman sebanyak 60% dari nilai gadaian tersebut.

Contohnya : Jika nilai gadaian tersebut adalah RM 1,000.00, maka pinjaman yang anda akan perolehi adalah sebanyak RM 600.00

Tempoh gadaian yang ditetapkan adalah selama 6 bulan namun boleh dipanjangkan sehingga ke 8 bulan.

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas dan mempunyai mutu seperti yang berikut:

*Emas 999   *Emas 875   *Emas 950   *Emas 835   *Emas 916   *Emas 750

Anda boleh membuat penebusan melalui pembayaran secara ansurans, sekali gus atau bila-bila masa sebelum atau semasa tarikh matang

Nilai Marhun : RMxxxx
Jumlah amaun pembiayaan : RMxxx (60% atas nilai marhun)
Tarikh gadaian : 15 Julai 2012
Tempoh : 180 hari (6 bulan+2+2)
Tarikh matang : 15 Januari 2013
Kadar upah simpan : RMxx

Upah simpan bulanan : RMxx
Ansuran bulanan : RMxx
Jumlah untuk dibayar termasuk jumlah pembiayaan : RMxx

Sekiranya pelanggan gagal menebus barang gadaian dalam tempoh gadaian yang telah ditetapkan, maka pihak KDE berhak untuk melelong barang gadaian tersebut mengikut prosedur lelongan. Wang yang diperolehi dari nilai lelongan akan digunakan untuk membayar amaun yang terhutang termasuk dengan kos lelongan. Bakinya boleh dituntut selepas menerima notis wang lebihan lelongan.

Pelanggan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bayaran dibuat seperti yang dinyatakan di dalam Surat Gadaian Ar-Rahnu.

Tidak, anda tidak memerlukan penjamin bagi urusan ini.

Anda dikehendaki untuk memaklumkan perubahan maklumat tersebut kepada pihak KDE supaya segala maklumat dapat disampaikan dengan jelas.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus menghubungi Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd di talian 011-10805916 ataupun email ke : admin@kde.my

 Sekiranya anda mempunyai aduan, sila hubungi kami di :
    88E(2nd) Floor, Jalan Tun Dr. Awang,
    11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
    Tel : 04-6449999 Fax : 04-6455916

 Sekiranya koperasi tidak dapat menyelesaikan aduan tersebut, anda boleh merujuk selanjutnya kepada:
    Suruhanjaya Koperasi Malaysia
    Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
    SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
    Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
    Changkat Semantan, Off Jalan Semantan,
    Bukit Damansara,
    50490 Kuala Lumpur,

Pelanggan perlu mendapatkan pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah.

  1. Membawa barang kemas sebagai cagaran.
  2. Membawa kad pengenalan.
  3. Mengisi borang permohonan yang disediakan.



© 2012 -2024 Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd (P-5-0457) (201066500383). All Rights Reserved.