KDE Web Banner

About Us


Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE) telah ditubuhkan pada 28 Januari 2010 dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pulau Pinang beralamat di Plot 21, Technoplex, Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas Phase IV, 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang.

Tujuan koperasi ditubuhkan ialah untuk menjaga kebajikan dan ekonomi kakitangan & pengedar emas Public Gold group.

Fungsi penubuhan koperasi ialah sebagai pengguna.


Aktiviti:

1. Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

  1. menjalankan aktiviti berkaitan pengguna termasuk jual beli dinar emas;
  2. menjalankan aktiviti berkaitan perkhidmatan seperti ar-rahnu dan menyimpan emas fizikal;
  3. menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;
  4. membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa,  mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
  5. melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
  6. mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
  7. menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan
  8. mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan.

2. Bagi menjayakan aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan─

  1. modal dengan cara mengumpul syer, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota; dan
  2. deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2), seksyen 52A Akta dan Peraturan.

© 2012 -2024 Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd (P-5-0457) (201066500383). All Rights Reserved.